Hai kawan Miss S semua...
kawan-kawan gelakcute dulu....
hihihihihihihihi
Hari ini Miss S nak sembang pasal CINTA Vs SUKA..
Kebanyakan orang apabila diajukan pertanyaan perasaan yang terbit dalam hati mereka terhadap pasangan masing-masing sama ada cinta atau suka pasti mereka akan terdiam dan sarba salah. Tidak tahu jawapan yang mana satu tepat. Ada rasa cinta dan dalam masa yang sama ada juga rasa suka. Namun diingat cinta dan suka adalah dua benda yang berbeza. Diakui ramai yang keliru sengan dua istilah ini kerana agak sukar untuk mengenal pasti dua perkara tersebut.
Berikut perbezaan-perbezaan antara cinta dan suka. Jadi apa tunggu lagi bandingkanlah dimana perasaan kamu sekarang terhadap si dia.
--> Dihadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang..
--> Tapi di depan orang yang kita suka, Hati kita akan gembira.
--> Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku..
--> Tapi kalau kita melihat ke dalam mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum.
--> Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata..
--> Di depan orang yang kita suka, lidah bebas berkata apa sahaja.
--> Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu..
--> Di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukkan diri yang sebenarnya.
--> Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cintai..
--> Tetepi kita selalu merenung mata orang yang kita suka.
--> Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis.
--> Bila orang yang kita suka menangis, kita akan membuat dia gembira.
--> Didepan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga..
--> di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangi sahaja.
--> Di depan orang yang kita cinta, kita takut untuk berterus terang kerana terlalu bimbang si dia akan tergores.
--> Di depan orang yang kita suka kita terlalu mudah untuk berterus terang kerana kita yakin terus terang itu paling baik untuk menjaga keharmonian perhubungan kamu dan si dia.
--> Perasaan cinta bermula dari mata.
--> Perasaan suka bermula dari telinga...
Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka.. umpama kita membuang telinga kita, Tapi jika kita cuba menutup mata. Cinta berbuah menjadi air mata.
(MISS S GELAKCUTE)
(SUMBER MAJALAH REMAJA)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan