Miss S dah kembali...
jadi mula-mula apa yang kita kena buat....
mestilah gelak cute dulu....(hihihihiihihi)
hari ni Miss S nak bincang pasal tajuk diatas.
5 Perkara yang selalu korang lupa bila bercinta...
1. KEINGINAN
Ketika tengah hangat bercinta tentu akan merasakan perasaan sayang yang sangat mendalam. Tapi yang perlu diingat, jangan lupa luangkan sedikit waktu untuk mengetahui atau memperhatikan apa yang sebenarnya yang diingini atau diperlukan oleh si dia. Bukan apa yang kamu inginkan semata-mata.
2. TIDAK JUJUR KEPADA DIRI SENDIRI
Sering kali orang yang sedang jatuh cinta berpura-pura tidak kisah dengan apa yang dilakukan oleh pasangannya. Biarpun perkara tersebut adalah paling dibencinya. kamu takut untuk menegur kerana mahu menjaga hati. Namun kamu tidak sedar sampai bila kamu boleh bersabar dan apabila lama-lama disimpan akhirnya meletup sampai semuanya akan diungkit.
3. MELETAKKAN KEBAHAGIAAN DIRI KITA PADA PASANGAN
Jika selama ini kita fikir bahawa kebahagiaan kamu bergantung pada pasangan, maka kamu salah. kamu boleh jatuh cinta pada sesiapa sahaja namun tidak bererti bahawa orang tersebut dapat membuat kamu bahagia. kebahagiaan diri kita bergantung pada kita sendiri dan jangan meletakkan seluruh hidup dan perhatian hanya pada seorang sahaja. Ini kerana jika demikian, kamu telah menutup wawasan dan kesempatan untuk jadi lebih baik.
4. CINTA PERLU WAKTU
Sering kali seseorang lupa akan point yang penting ini. Cinta memerlukan waktu bermula dari proses berkenalan sehinggalah bercinta. Terlalu cepat memulakan suatu hubungan dikhuatiri akan berakhir dengan kurang baik kerana mungkin kamu belum mengenali dengan baik karakter pasangan. Oleh kerana itu sebaiknya beri waktu yang cukup bagi diri sendiri untuk mengenali pasangan.
5. BERCINTA TANPA TUJUAN YANG JELAS
Ada kalanya kita memilih seseorang itu sebagai pasangan tanpa sebab. Bukan kerana terlalu cinta atau suka tetapi mungkin juga kerana juga tidak sampai hati menolak cintanya. Biarpun mungkin penolakan itu boleh mengecilkan hati atau menghampakan perasaan seseorang namun cinta tanpa tujuan biasanya berakhir dengan kegagalan.
(MISS S GELAKCUTE)
(Sumber: Majalah Remaja)
(MISS S GELAKCUTE)
(Sumber: Majalah Remaja)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan