Jumaat, 19 April 2013

10 TRICK 'TACKLE' ORANG PENDIAM

Hai kawan-kawan Miss S semua..
sebelum tu..Gelakcute dulu....
hihihihihihihihihi...

Hari Miss S nak tnya kat korang semua.....
korang pernah suka tak kat seseorang...tapi dia tu seorang pendiam..
mesti korang pening mcm mna nak tackle orang yang pendiam ni kan....

Orang pendiam ni Miss s x nafi memang sukar didekati. Lagi si dia tahu kita menyukainya lagi si dia menjauhkan diri. Tetapi jangan kamu ingat si dia jauhkan diri, kamu ingat si dia tidak berminat dengan kamu. Sebenarnya orang yang pendiam ini malu-malu kucing. Luaran sahaja nampak si dia tidak mahu tetapi dalam hati sebenarnya suka. Jadi kamu harus bijak mainkan peranan kalau benar-benar berminat dengannya dan paling penting kenalah berusaha lebih.

Nak tahu caranya? Ikut 10 trik berikut.

1. Permulaannya jangan terus menegur. Mulakan dengan memberi senyuman pada si dia tetapi senyuman perlulah ikhlas. Jangan menampakkan kamu seperti mahu menggoda.

2. Tanyakan latar belakang si dia pada teman-teman yang rapat dengannya. Namun jangan menampakkan sangat kamu berminat. Sambil berbual-bual kosong selit-selitkanlah soalan-soalan berkenaan si dia.

3. Bila sudah tahu serba sedikit tentang si dia maka lebih mudah untuk kamu dekatinya. Caranya kamu pura-pura mintak pertolongan pada si dia. Misalnya kamu tahu si dia pakar komputer kamu mintaklah dia selesaikan masalah komputer yang kamu hadapi.

4. Kemudian, sebagai membalas budi cuba beranikan diri untuk mengajak si dia keluar makan tengah hari bersama teman-teman kamu. Andai si dia menolak jangan terus-menerus mendesaknya kamu belikan sahaja makanan fast food dan letakkan di atas mejanya. Tuliskan satu nota niat kamu ikhlas sekadar membalas budi.

5. Keesokan harinya kamu berlagak seperti biasa dan jangan menegurnya. Kalau tersempak hanya lemparkan senyuman. Lakukan selama seminggu.

6. Masuk hari kelapan barulah kamu datang semula kepadanya kemudian sekali lagi kamu minta dia membantu kamu. Kali ini kamu cubalah berbual panjang denganya. Misalnya tanya tentang keluarganya, latar belakangnya biarpun kamu sebenarnya sudah tahu.

7. Ajak si dia sekali lagi untuk makan tengah hari bersama kamu. Kali ini hanya kamu dan dia sahaja.

8. Kalau dia menolak untuk kali kedua sebaiknya lupakan sahaja hasrat kamu untuk menawan hatinya atau mungkin si dia juga telahpun berpunya. Tetapi sekiranya si dia menerima pelawaan kamu itu bererti peluang kamu begitu cerah. Jadi langkah seterusnya cuba tawan hatinya dengan sifat-sifat kelembutan kamu. Orang pendiam biasanya suka pasangannya peramah tetapi lembut dan sopan.

9. Setelah keluar, hubungan makin rapatkan? Tetapi tunggu dulu. Jangan terlalu cepat meluahkan perasaan. Berkawanlah dengannya terlebih dahulu. Kenal hati budinya dan cuba menyesuaikan diri denganya.

10. Andai sudah confirm kamu rasakan dia sesuai dengan kamu barulah luahkan apa yang terbuku di hati selama ini. Namun jangan mendesak dia terus memberi jawapan.  Berilah masa untuk si dia berfikir. Paling penting untuk menawan hati seseorang itu perlu sabar dan tidak gelojoh. Lakukan perlahan-lahan. Ibarat menarik rambut dalam tepung. 'Tepung tidak berselerak, rambut tidak terputus'.

(MISS S GELAKCUTE)


[sumber: majalah remaja]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan