dah gelakcute belum hr ni...
jom gelakcute dulu...
Hari ni Miss S nak kongsi pasal "SECRET ADMIRE".
Seronoknya!!! Tidak terkata apabila menerima panggilan, SMS, Hadiah atau kad daripada peminat misteri. Namun hati-hati mungkin ada yang mahu mengenakan kamu. Walaupun tidak baik bersangka buruk terhadap orang lain namun sebelum tersilap mempercayainya, kamu harus berhati-hati supaya tidak tersilap langkah.
Bagi mereka yang baru hendak bercinta ataupun telah terjatuh cinta dengan seseorang yang hanya memperkenalkan diri sebagai secret admirer ada baiknya jika perhatikan dulu panduan-panduan di bawah agar kamu tidak mudah terperasan. Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan, jangan sampai terhantuk baru tengadah, tak gitu?
1. Jangan Terlalu Ghairah
Ini adalah pertama kamu mempunyai secret admire. Walaupun kamu begitu gembira kerana ada insan yang meminati kamu namun jangan terlalu ghairah. Kawal perasaan dan emosi kamu kerana mungkin 'secret admire' kamu tidak sehebat yang kamu sangkakan. Kalau tidak masakan dia menyembunyikan dirinya.
2. Jangan Terlalu Fikirkan
Anggap sahaja situasi ini sering berlaku pada semua orang. Janganlah kamu terlalu memikirkannya sehingga mengganggu tugas-tugas harian macam orang gila bayang. Selagi dia tidak muncul anggap sahaja tidak akan ada apa pun yang berlaku.
3. Elak Dari Menghebahkannya

4. Siasat Dalam Diam
Andainya kamu mengesyaki sesiapa siasat dahulu. Tetapi jangan terlalu menunjukkan kamu menyiasat. Lakukan dengan bijak dan teratur. Contohnya kamu mungkin boleh mengenal pasti seseorang itu dari tulisannya ataupun kamu ikuti perkembangan secret admire kamu itu. Jangan sampai tersalah orang malu akibatnya nanti.

Kamu mungkin boleh berkongsi dengan teman rapat kamu bagi mendapatkan pandangannya. Mungkin dia boleh memberi idea apa yang seharusnya kamu lakukan. Mungkin dia boleh mengagak siapa secret admire kamu. Walau bagaimanapun pastikan orang yang kamu ceritakan boleh dipercayai kerana ada orang tidak suka dengan hal remeh-temeh seperti ini.
6. Jangan Terpedaya
Jangan cepat terpedaya dengan sikap ramahnya di dalam telefon. Mereka ini adakalanya over dan di luar batas pemikiran. Kamu boleh menjadi pendengar yang setia tetapi bukan untuk mempercayai bulat-bulat apa yang dikatakannya.
7. Kata-kata Isi Surat / SMS

8. Elak Mengatakan, "Betul Ke Dia Suka Pada Aku."
Selagi kamu tidak berjumpa dengan secret admire kamu itu anggap sahajalah dia tidak pernah sukakan kamu. Apa yang dilakukannya hanyalah mengisi masa lapang sahaja. Pastikan tidak terkeluar dari mulut kamu kata-kata yang menggambarkan kamu perasaan yang dia begitu suka pada kamu.
(MISS S GELAKCUTE)
(SUMBER:MAJALAH REMAJA)
Very inspiring post. Worth to read indeed.
BalasPadamtq Bredmart :)
BalasPadam