Rabu, 29 Mei 2013

Selamat Tinggal 9 Fantasi Cinta (Bahagian 1)

Hai kawan Miss S semua...
lama dah x post entri baru...
sebelum tu..gelakcute dulu...(hihihihihihihihhihi)
Hari ni Miss S nak kongsi dengan korang semua pasal tajuk kat atas ni..

Cinta sememangnya memerlukan pengorbanan dan kesabaran. Namun berkorban biarlah ada hadnya dan bersabar biarlah berpada-pada. Andainya sudah jelas lelaki/perempuan yang kamu cintai itu bukan lelaki/perempuan yang terbaik untuk kamu mengapa kamu masih mahu terus bersamanya. Bercinta atas dasar simpati dan tidak sampai hati bukanlah satu tindakan yang baik. Dalam apa jua yang kamu lakukan, perkara pertama adalah fikirkan tentang diri kamu sendiri. Kamu perlu keluar dari konflik ini. Sampai bila kamu mahu terus memujuk diri dengan kata-kata yang hanya akan terus menjerat diri. Percayalah andai dia yang terbaik buatmu, tidak akan sesaat pun dia akan menyakitkan hatimu. Oleh itu hentikan semua ilusimu dan berpeganglah pada satu prinsip yang sudah pastinya akan membahagiakan dirimu..

ILUSI 1
"Belum pernah ada lelaki/perempuan lain yang menyayangi aku sebaik dia."

Lelaki/Perempuan yang bijak bermain kata-kata sudah pastinya boleh menjadi super duper baik. Dia melakukan semua perkara secara teratur agar kamu sedikitpun tidak mengesyakinya. Jadi kamu harus katakan pada diri kamu sebarang kebaikan yang dilakukan bukan untuk kamu tetapi untuk kepentingan dia semata-mata.

Pegang pada prinsip: "Aku layak untuk disayangi. Pasti ada lelaki/perempuan yang akan menyayangi aku lebih baik dari si dia."

ILUSI 2
"Si Dia pasti boleh berubah jadi lebih baik."

Jangan pernah bermimpi kamu dapat mengubah seseorang apatah lagi si dia yang sememangnya sudah terkenal dengan sikap Playboy/playgirlnya. Ini yang dikatakan terlalu banyak berilusi. Setiap orang harus berubah dari dalam diri sendiri dan bukan kerana orang lain. Memang bohong kalau si dia beritahu kamu hanya kamu dapat mengubahnya.

Pegang pada prinsip: "Aku tidak akan menunggu dia terlalu lama sampai berubah. Waktuku terlalu berharga dihabiskan hanya untuk menunggunya."

ILUSI 3
"Aku masih bahagia sekarang."

Dia masih baik mungkin untuk saat ini sahaja. Esok atau lusa belum jaminan. Bagi kamu, selagi tidak dipukul kamu masih boleh terus bertahan. Tapi ingat-ingat si dia pasti menyeksa mental kamu dan tidak mustahil juga akan menyeksa fizikal kamu apabila kamu tidak dapat memenuhi apa yang diinginkan.

Pegang pada prinsip:
"Suatu masa nanti dia pasti akan menyakiti aku sepertimana dilakukannya pada orang lain sebelum ini."

ILUSI4
"Di masa akan datang aku mungkin tidak akan menemui lelaki/perempuan sesempurna dia."

Kamu rasa si dia punya segala-galanya. Ada rupa, duit yang banyak dan kerjaya yang baik. Biarpun si dia banyak melukakan kamu, namun kerana apa yang dimilikinya kamu sanggup terus bersabar. Kamu tidak seharusnya merendah diri. Kamu juga cukup sempurna untuk memiliki lelaki/perempuan yang sempurna."

Pegang pada prinsip: "Aku yakin boleh dapat lelaki/perempuan yang lebih baik daripada dia.

ILUSI 5
"Semua orang perlu diberi peluang kedua."

Betul! Namun harus juga fikirkan dan kasihankan diri kamu. Mengapa kamu harus mengorban dan menjerat diri. Bercinta bukan penjara. Kamu boleh memberi peluang dengan hanya berkawan dan membantu mendengar masalahnya tetapi bukan menjalinkan ikatan istimewa dengannya.

Pegang pada prinsip: " Dia boleh mendapat peluang kedua tetapi bukan dengan aku."












Bersambung.......
Miss "S" Gelakcute
(Koleksi Cinta Majalah Remaja)

1 ulasan: